Powered By Blogger

Sunday 11 December 2011

TIPS BELAJAR SAINS DENGAN MUDAH



Ramai dikalangan pelajar merasakan pelajaran Sains adalah SUSAH. Sebenarnya Sains merupakan satu subjek yang menarik & mudah dipelajari sekiranya dilakukan dengan cara yang benar. Berikut adalah beberapa cara yang boleh dilakukan untuk memudahkan proses pembelajaran Sains.

a) Selalu Mengulangkaji Setiap tajuk pelajaran yang telah dipelajari.

Jangan biarkan tajuk bertambah sebelum mengulangkaji tajuk sebelumnya.

b)Belajar Rutin

Dengan rutin walaupun cuma sebentar… Hal ini membantu anda akan terus teringat. Dan jangan lupa latihan menjawab soalan.

c) Cuba Semua Bentuk Soalan

Jangan pilih-pilih dalam menjawab soalan, cuba semua bentuk soalan… Supaya apabila dikemudian hari anda boleh menjawab soalan dalam bentuk apapun, kerana sudah biasa dengan bentuk soalan yang pelbagai.

Jika perlu, beli buku rujukan yang memberikan contoh cara-cara menjawab soalan dengan cepat dan tepat.

d) Beli Buku rujukan yang mengandungi contoh-contoh Soalan.

Tujuannya adalah supaya anda dapat membiasakan diri dengan bentuk-bentuk soalan. Anda juga akan tahu ciri-ciri soalan yang sering keluar dalam ujian mahupun peperiksaan.

Dengan cara ini juga, anda akan mempelajari banyak topik kerana dalam proses mencari jawapan anda secara tidak langsung membaca dan mempelajari topik-topik dalam sebuah pelajaran.

e) Belajar Secara Berstruktur.

Dalam hal ini, anda harus mengetahui sifat suatu tajuk yang dipelajari. dengan cara ini, anda akan lebih cepat memahami tajuk tersebut. sebagai contoh :

• Fungsi (bagi setiap struktur seperti sel, organ, bahan, anda harus tahu apa fungsinya).

• Ciri-ciri (apa ciri-ciri proses tertentu dalam sel seperti mitosis, meiosis...)

• Di mana (fikirkan tentang di mana sesuatu proses itu berlaku, sebagai contoh fotosintesis)

• Contoh (mesti boleh memberikan contoh-contoh spesifik seperti contoh-contoh acid)

• Kesan (banyak soal yang akan bertanya tentang kesan yang mungkin berlaku pada suatu proses atau kejadian. Sebagai contoh kesan baik & buruk penggunaan kimia dalam makanan atau penggunaan teknologi dalam kehidupan)

• Faktor (ketahui apa faktor2 yang boleh memberi kesan ke atas sesuatu proses atau kejadian seperti kadar penyejatan atau kadar fotosintesis)

• Kenapa (selalu tanya diri anda mengapa. Sebagai contoh mengapa darah bisa membeku, kenapa berlaku kejadian siang dan malam. soal-soal seperti ini mengharuskan anda mencari jawapan atau penjelasan)

• Menggambar & melabel (kaji diagram atau gambar dengan teliti. Buat latihan menggambar dan melabelnya tanpa melihat diagram asal)

• Definisi (bila mempelajari sesuatu yang baru, pastikan anda tahu menyatakan atau menulis definisinya. Sebagai contoh, apa maksud fotosintesis, apa maksud respirasi, dan sebagainya...)

Bila anda belajar Sains dengan cara yang benar dan berstruktur, anda dapat mempelajari Sains dengan lebih baik. Persiapan yang baik akan menambah lagi tahap penguasaan anda dalam Sains. Jadi, APA YANG ANDA TAKUTKAN DENGAN SAINS???.

No comments:

Post a Comment