Powered By Blogger

Wednesday 14 December 2011

MENANGIS UBAT UNTUK SIHAT…


Menangis diakui cara yang paling mudah dan cepat bagi melegahkan perasaan. Malang sekali, dalam masyarakat kita, orang dewasa yang selalu menangis dipandang sinis. Sekiranya seorang perempuan atau kanak-kanak menangis masih boleh diterima,tetapi sekiranya seorang lelaki yang menangis akan memberikan tanggapan lelaki itu tidak matang, kurang perkasa,dan paling teruk dikatakan lembik. Stigma Ini membuatkan kita jarang-jarang melihat lelaki menangis dikhalayak, walaupun keadaan amat memaksanya mengeluarkan air mata. Mungkin sebab itulah ada kiasan menyatakan air mata lelaki amat tinggi nilainya.
Menurut saintis seperti William Frey, seorang ahlii biokimia mengkaji berkenan masteri air mata . Air mata ada tiga jenis iaitu air mata basal, air mata refleksi dan air mata emosi. Setiap jenis air mata ini mengandungi komposisi bahan kimia yang berbeza. Air mata basal jenis yang biasa terdapat pada air mata bagi melembabkan dan melicinkan pergerakan anak mata.Sementara air mata refleksi pula terjadi apabila sesuatu yang merengsa pada mata seperti semasa mengupas bawang, menggosok mata atau dimasuki habuk. Manakala jenis yang keluar apabila menangis disebabkan perasaan sama ada sedih,gembira, sakit, marah, atau sebagainya dinamakan air mata emosi. Semua contoh ini menunjukkan keselarian bahawa penghasilan air mata berkait rapat fisiologi dan psikologi insan.
Air mata emosi adalah yang paling kompleks. Ia seolah-olah terjadi semasa perasaan kita sedang berkecamuk dan menjadi jalan untuk bertenang. Semua pakar setuju bahawa menangis adalah pengalaman yang sepatutnya semua manusia rasai. Seseorang yang mudah menangis harus berbangga kerana dia mampu berhubung baik dengan perasaannya sendiri. Mereka tahu cara menzahirkan rasa mereka. Tetapi sekiranya amat kerap dilakukan mungkin atas sebab yang kurang munasabah, seperti apabila ditegur atau dikritik orang lain mungkin dipandang rendah melainkan dia menyatakan sebab lain untuk menangis. Idea menariknya dia boleh berkata menangis kerana ingin membuka paru-paru,bernafas dengan lebih baik, membersihkan wajah, membuat latihan untuk mata, dan melembutkan rasa panas baran. Semua fakta ini sememangnya benar secara saintifik.
Air mata hakikatnya mencerminkan rahsia manusia sebenar.Walaupun manusia biasa menangis apabila dia sendiri merasa sedih, sakit, marah dan adakalanya kita tidak pernah merasai penderitaan itu. Menangis tidak boleh dikawal dan ditahan-tahan. Ia datang dengan sendirinya dan tidak boleh dipaksa. Bersyukurlah kerana hanya manusia dianugerahkan perasaan itu.

No comments:

Post a Comment