Powered By Blogger

Wednesday 14 December 2011

MENANGIS UBAT UNTUK SIHAT…


Menangis diakui cara yang paling mudah dan cepat bagi melegahkan perasaan. Malang sekali, dalam masyarakat kita, orang dewasa yang selalu menangis dipandang sinis. Sekiranya seorang perempuan atau kanak-kanak menangis masih boleh diterima,tetapi sekiranya seorang lelaki yang menangis akan memberikan tanggapan lelaki itu tidak matang, kurang perkasa,dan paling teruk dikatakan lembik. Stigma Ini membuatkan kita jarang-jarang melihat lelaki menangis dikhalayak, walaupun keadaan amat memaksanya mengeluarkan air mata. Mungkin sebab itulah ada kiasan menyatakan air mata lelaki amat tinggi nilainya.
Menurut saintis seperti William Frey, seorang ahlii biokimia mengkaji berkenan masteri air mata . Air mata ada tiga jenis iaitu air mata basal, air mata refleksi dan air mata emosi. Setiap jenis air mata ini mengandungi komposisi bahan kimia yang berbeza. Air mata basal jenis yang biasa terdapat pada air mata bagi melembabkan dan melicinkan pergerakan anak mata.Sementara air mata refleksi pula terjadi apabila sesuatu yang merengsa pada mata seperti semasa mengupas bawang, menggosok mata atau dimasuki habuk. Manakala jenis yang keluar apabila menangis disebabkan perasaan sama ada sedih,gembira, sakit, marah, atau sebagainya dinamakan air mata emosi. Semua contoh ini menunjukkan keselarian bahawa penghasilan air mata berkait rapat fisiologi dan psikologi insan.
Air mata emosi adalah yang paling kompleks. Ia seolah-olah terjadi semasa perasaan kita sedang berkecamuk dan menjadi jalan untuk bertenang. Semua pakar setuju bahawa menangis adalah pengalaman yang sepatutnya semua manusia rasai. Seseorang yang mudah menangis harus berbangga kerana dia mampu berhubung baik dengan perasaannya sendiri. Mereka tahu cara menzahirkan rasa mereka. Tetapi sekiranya amat kerap dilakukan mungkin atas sebab yang kurang munasabah, seperti apabila ditegur atau dikritik orang lain mungkin dipandang rendah melainkan dia menyatakan sebab lain untuk menangis. Idea menariknya dia boleh berkata menangis kerana ingin membuka paru-paru,bernafas dengan lebih baik, membersihkan wajah, membuat latihan untuk mata, dan melembutkan rasa panas baran. Semua fakta ini sememangnya benar secara saintifik.
Air mata hakikatnya mencerminkan rahsia manusia sebenar.Walaupun manusia biasa menangis apabila dia sendiri merasa sedih, sakit, marah dan adakalanya kita tidak pernah merasai penderitaan itu. Menangis tidak boleh dikawal dan ditahan-tahan. Ia datang dengan sendirinya dan tidak boleh dipaksa. Bersyukurlah kerana hanya manusia dianugerahkan perasaan itu.

Sunday 11 December 2011

MENGHAYATI SAINS DALAM KEHIDUPAN



Kemajuan sains dan teknologi telah banyak membawa perubahan positif dan kebahagiaan kepada manusia. Sesungguhnya banyak faedah yang telah kita nikmati hasil daripada kemajuan sains dan teknologi. Walaupun tidak dinafikan bahawa kemajuan sains dan teknologi masih tidak dapat memenuhi kekurangan dari segi kerohanian, namun sebenarnya ia mampu memenuhi kekurangan dari segi kebendaan. Antara kebaikan sains:

Membantu menghasilkan produk-produk prototaip dalam pelbagai bidang sosial dan ekonomi.Khususnya dalam sektor pertanian.Melalui kepakaran dalam bioteknologi yang moden dan efektif dalam bidang penanaman,penternakan dan penuaian akan membantu meningkatkan produktiviti. Bioteknologi juga akan membantu dalam penghasilan baka,benih dan racun.
Penciptaan teknologi laser telah memainkan peranan yang penting dalam bidang komunikasi dan perindustrian.Kini,teknologi laser digunakan secara meluas dalam bidang telekomunikasi mengganti peranan kabel dengan obtik fiber.Jalur laser yang lebih luas membenarkan maklumat seperti bunyi dan suara dihantar dengan lebih cepat dan tepat serta meminimumkan risiko kehilangan data.Selain itu,bidang prindustrian turut berkembang majudengan kemunculan penggunaan laser .Laser merupakan alat pemecah dan pemotong yang termoden. .Laser dapat memotong batu permata, intan, ,malah kepingan logam tanpa mengeluarkan haba,bunyi dan sisa kotoran
Kemajuan sains dan teknologi membawa kepada pengenalan ubat-ubatan baru untuk pelbagai jenis penyakit kronik yang tidak dapatdisembuhkan dahulu,menambahbaikkan fungsi dan meningkatkan kualiti ubat-ubatan dan kaedah pembedahan yang cepat dan kurang risiko.
Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) seperti internet, telefon bimbit dan satelit. Internet membolehkan kita mencari maklumat dengan cepat dan mudah .Penggunaan satelit turut membolehkan kita memberi isyarat kecemasan kepada negeri asing dan sebaliknya di negara lain juga. Projek Koridor Raya Multimedia(MSC) akan dapat menjadi lebuh raya maklumat melalui input sains dan teknologi yang secukupnya.

Sains dan teknologi adalah nadi pembangunan masyarakat dan negara. Perkembangan sains dan teknologi telah mengubah cara hidup manusia dari sektor pertanian sehingga sektor perkhidmatan.

TIPS BELAJAR SAINS DENGAN MUDAH



Ramai dikalangan pelajar merasakan pelajaran Sains adalah SUSAH. Sebenarnya Sains merupakan satu subjek yang menarik & mudah dipelajari sekiranya dilakukan dengan cara yang benar. Berikut adalah beberapa cara yang boleh dilakukan untuk memudahkan proses pembelajaran Sains.

a) Selalu Mengulangkaji Setiap tajuk pelajaran yang telah dipelajari.

Jangan biarkan tajuk bertambah sebelum mengulangkaji tajuk sebelumnya.

b)Belajar Rutin

Dengan rutin walaupun cuma sebentar… Hal ini membantu anda akan terus teringat. Dan jangan lupa latihan menjawab soalan.

c) Cuba Semua Bentuk Soalan

Jangan pilih-pilih dalam menjawab soalan, cuba semua bentuk soalan… Supaya apabila dikemudian hari anda boleh menjawab soalan dalam bentuk apapun, kerana sudah biasa dengan bentuk soalan yang pelbagai.

Jika perlu, beli buku rujukan yang memberikan contoh cara-cara menjawab soalan dengan cepat dan tepat.

d) Beli Buku rujukan yang mengandungi contoh-contoh Soalan.

Tujuannya adalah supaya anda dapat membiasakan diri dengan bentuk-bentuk soalan. Anda juga akan tahu ciri-ciri soalan yang sering keluar dalam ujian mahupun peperiksaan.

Dengan cara ini juga, anda akan mempelajari banyak topik kerana dalam proses mencari jawapan anda secara tidak langsung membaca dan mempelajari topik-topik dalam sebuah pelajaran.

e) Belajar Secara Berstruktur.

Dalam hal ini, anda harus mengetahui sifat suatu tajuk yang dipelajari. dengan cara ini, anda akan lebih cepat memahami tajuk tersebut. sebagai contoh :

• Fungsi (bagi setiap struktur seperti sel, organ, bahan, anda harus tahu apa fungsinya).

• Ciri-ciri (apa ciri-ciri proses tertentu dalam sel seperti mitosis, meiosis...)

• Di mana (fikirkan tentang di mana sesuatu proses itu berlaku, sebagai contoh fotosintesis)

• Contoh (mesti boleh memberikan contoh-contoh spesifik seperti contoh-contoh acid)

• Kesan (banyak soal yang akan bertanya tentang kesan yang mungkin berlaku pada suatu proses atau kejadian. Sebagai contoh kesan baik & buruk penggunaan kimia dalam makanan atau penggunaan teknologi dalam kehidupan)

• Faktor (ketahui apa faktor2 yang boleh memberi kesan ke atas sesuatu proses atau kejadian seperti kadar penyejatan atau kadar fotosintesis)

• Kenapa (selalu tanya diri anda mengapa. Sebagai contoh mengapa darah bisa membeku, kenapa berlaku kejadian siang dan malam. soal-soal seperti ini mengharuskan anda mencari jawapan atau penjelasan)

• Menggambar & melabel (kaji diagram atau gambar dengan teliti. Buat latihan menggambar dan melabelnya tanpa melihat diagram asal)

• Definisi (bila mempelajari sesuatu yang baru, pastikan anda tahu menyatakan atau menulis definisinya. Sebagai contoh, apa maksud fotosintesis, apa maksud respirasi, dan sebagainya...)

Bila anda belajar Sains dengan cara yang benar dan berstruktur, anda dapat mempelajari Sains dengan lebih baik. Persiapan yang baik akan menambah lagi tahap penguasaan anda dalam Sains. Jadi, APA YANG ANDA TAKUTKAN DENGAN SAINS???.

Kata Kunci ...

Kata Kunci Konsep Timbul dan Tenggelam

Di dalam konsep Tenggelam dan Timbul, terdapat beberapa kata kunci yang penting untuk membantu para pelajar memahami konsep ini. Kata kunci tersebut adalah:
1. tenggelam
2. timbul
3. air
Apa kata, kita perhatikan bagaimanakah pelajar-pelajar berfikir dan bertindak untuk menggarap konsep sains ini.
1. Pelajar mula berfikir, apakah yang akan terjadi kepada sesuatu objek, apabila ia diletakkan di dalam air.
2. Pelajar akan meletakkan objek tersebut ke dalam air sambil membuat pemerhatian untuk melihat kesan yang akan berlaku ke atas objek tersebut.
3. Pelajar akan melihat terdapat sesetengah objek yang terjatuh ke dasar air dan berada di permukaan air.
4. Pelajar akan mula mengasingkan objek yang terjatuh ke dasar dan berada di permukaan. Kalau tidak pun, mereka mula membezakan objek-objek tersebut di dalam fikiran mereka.
5. Akhirnya mereka akan bertanya kepada anda apa kata kunci yang boleh digunakan untuk menerangkan:

kumpulan objek yang terjatuh ke dasar air - iaitu tenggelam
kumpulan objek yang berada di permukaan air - iaitu timbul

Melalui pemerhatian ini, para pelajar dapat membandingkan objek yang boleh terapung dan objek yang tenggelam.

Rumusan.
Tahukah anda,tahap yang paling asas pengetahuan sains adalah dengan memahami kata kunc. Kata kunci digunakan untuk memahami menerangkan sesuatu objek yang terlibat di dalam konsep sains tersebut. Istilah panjang,tinggi lebar,sejuk,gelap dan tenggelam merupakan kata kunci yang memikul konsep-konsep yang penting di dalam sains.Kuncilah yang akan membuka gerbang kehebatan ilmu sains yang hebat itu.

Jom Baca dan Fahami...